Sunday, October 18, 2009

Kapal layar.

Zaman pemerintah yang sibuk berzina di atas singgahsana hina.
Menyanyi dengan debu-debu luka rakyat yang terpenjara.
Jadi hamba di sel-sel yang membukan menutup cerita.
Dan bernada pilu,berkata dusta.

Thursday, July 9, 2009

Selepas Terik.

Ingat kan air akan terjun.
Kerana tumpangannya telah berbaju hitam.
Menggelapkan senusantara alam.
Kerana asap yang dihembus keluar.
Mula mengikut arah angin pergi.
Dan bahan bacaan juga terus terselak.
Akhir nya,bumi Titiwangsa ditutup hujan juga.

Wednesday, July 8, 2009

Lama.

Rambut hitam itu.
Satu masa pernah ku lihat.
Tanpa ada jaring membungkus.
Sebenar nya terbalut kemas.

Mata sinar itu.
Yang dulu pernah menjeling ku.
Sedikit rasa jatuh.
Dan terus membelit.

Sepasang tangan itu.
Yang dulu pernah menolak.
Waktu segala dunia perlahan.
Aku memegang.

Bibir kecil itu.
Yang dulu banyak terukir senyum.
Buat semua jadi perlarian.
Berenang ke arah nya.

Saturday, June 20, 2009

Pertaruhan bulan.

Berjanji.
Jangan khianati.

Sekeping sekeping bintang dibentuk.
Perlahan mejadi bulan.
Seterang terang cahaya nya.
Perlahan jadi silauan.

Nun jauh.
Aku berjanji.

Untuk kau,yang layak hanya bulan.
Tapi satu.
Tak dapat daki untuk mengapai.
Dua.
Tak dapat terbang untuk mencapai.

Tapi untuk kau,yang layak hanya bulan.
Anggap sahaja itu untuk mu.

Friday, June 19, 2009

Hadiah untuk puteri.

Sekejap.
Kalau ada,apa rasa.?

Bunga-bunga semalam.
Ada pun mata yang melihat.
Mana ada yang hitam.?

Bunga-bunga semalam.
Ada pun bunyi yang teriak.
Mana ada yang lain.?

"Saya datang dengan seraya,
Menurut kehendak penuh duri
Kalau tiada hampa lah saya,
Mawar hitam untuK permaisuri."

Semalam dia terjaga.
Saya hendak mawar itu.

Yang mana.?

Yang hitam.

Biar saya cari.

Thursday, June 18, 2009

Anak desa.

Matahari sudah bangkit.
Angin desa merapat kan wajah.
Dingin subuh menceroboh masuk.
Bangkit lah bangkit.
Pagi banyak rezeki.

Bangkit lah bangkit.
Kau tak kan rugi.

Wednesday, June 17, 2009

Hujung dunia.

Pergi,seorang demi seorang.
Makin kita benci makin dia hilang.
Taman ini makin kurang.

Dengan kita sendiri yang menyaksi kan.
Bukan kepalang mencangkul kubur lautan.
Pusara yang penuh bersepahan.

Anak cucu sendiri hampir menutup kepala.
Tanah yang penuh perlahan menghilang siang.
Suasana yang kelam menjerit malam.

Makin tersemat,makin kiamat.

Pokok hijau.

Dulu pohon itu kita daki.
Kita masih belum kenal siapa diri.

Pohon yang lembut itu kita goncang.
Dan daun yang suci gugur seorang.

Kini aku terbayang sendiri.
Di pohon itu mungkin ada salji.

Aku terbayang juga.
Pohon itu ada sakura.

Ah.
Pokok sudah ditebang.
Hanya tingal lalang.

Tuesday, June 16, 2009

Sastera orang celik.

Tapayah kau menulis puisi lagi.
Seorang kau berdiri,semua mahu mencari.

Bulan-bulan yang kau puja.
Bersepah merata-rata.

Berangan dan terus berangan.
Siulan terus siulan.
Tiada perkembangan.
Bahasa tiada pesanan.

Tapi bila keluar kertas kelabu.
Bising kau pekak kan seluruh kaum mu.
Kau mula bentak.
Kau tersentak.
Seluruh pantun kau sebut.
Semua puisi kau karut.

Tapi lain hari kau cakap.
Sastera itu lembab.

Hurm.
Itu lah Melayu.

Monday, June 15, 2009

Alahai.

Berambus lah.
Aku benci kau.
Kata-kata kau selalu mengarut.
Kata-kata kau selalu mencarut.

Berambus lah.
Aku benci kau.
Kau selalu menipu.
Kau selalu lepu.

Berambus lah.
Aku benci kau.
Jangan kau langkah ruang hidup aku.
Jangan kau pandang setiap inci aku.
Jangan kau cakap seluruh warga aku.
Jangan kau dengar sepanjang hayat aku.

Bukan nya aku tatahu.
Kau penipu.

Kan aku dah bilang.
Aku minta maaf.

Kalau rindu.

Kalau rindu.
Hati jadi patah.
Jiwa jadi resah.

Kalau rindu.
Bulan nampak gelap.
Terang jadi malap.

Kalau rindu.
Semua jadi susah.
Betul kata salah.

Kalau rindu.
Bumi yang berputar berhenti.
Matahari yang bangkit silap paksi.
Kata-kata jadi langsi.
Ayat puitis jadi basi.

Seluruh jiwa berhenti.

Benci kau.

Aku benci kau.
Kalau aku sedang gembira bergelak ketawa.
Kau datang membuat bala.

Aku benci kau.
Kalau pada waktu itu sedang sunyi sepi.
Kau datang menyalakan api.

Aku benci kau.
Kalau dulu aku kau timang kau sayang.
Tapi sekarang kau datang kau terajang.

Aku benci kau.
Bila aku cakap aku benci.
Sikit pun aku tak rasa sangsi.
Memang aku benci.

Satu hari nanti pasti kau melutut.
Dan kata maaf itu hanya layak untuk kau kepada aku.
Dan aku akan menggeleng kepala.
Sudah lah.
Kau mati pun aku ta kisah.

Aku benci kau.

Sunday, June 14, 2009

Malamalam.

Malam sudah tinggi naik.
Bulan sudah puas berdengkur.
Bintang sudah banyak yang muncul.
Minit berlalu dan jam berganti jam.

Malam sudah tinggi naik.
Satu kota sudah senyap sudah diam.
Ada satu dua,mungkin sedang menghisap Dunhill emas.
Atau meneguk Carlsberg keras.
Mungkin juga membawa motor pecut.

Malam sudah naik tinggi.
Satu desa sudah gelap.
Ada satu dua cengkerik sedang menyanyi.
Ada katak menjerit.
Rindu hujan,agak nya.

Malam sudah naik tinggi.
Sudah pukul 1.
Esok ke sekolah.
Tapi aku belum tidur.

Cerita teknologi.

Saya ada merata-rata.
Di sana ada saya di sini juga.

Saya ada emas.
Di sana kaya di sini kaya.

Saya ada tembaga.
Di sana serupa di sini sama.

Merata-rata saya ada.
Awak minta lah pada saya.
Saya ada saya ada.

Satu hari saya berjalan.
Berjalan jalan jalan jalan.
Saya ada telinga.
Saya melihat dengan mata.
Saya berkata dengan semua.

Saya tersungkur mabuk.
Yang gelak terus ketawa.
Merah muka malu malu.
Datang si koyak si rabak.
Melutut membantu bangun dari buta.
Saya sedar.

Saya ada saya.
Saya ada emas.
Saya ada permata.
Tapi baru saya sedar.
Mana kaca mana permata.

Dialog buta hati.

Satu hari nanti berbunyi.
Jika kau celik semula.
Melihat aku dan aku sahaja.
Adakah terima aku ini selama nya.?

Semakin dekat dengan telinga.
Jika aku punyai mata.
Melihat kau dan kau sahaja.
Aku terima kau seadanya.

Pandai awak berjenaka.

Aku dapat nyawa yang baru.
Satu hari nanti berbunyi lagi.
Aku akan lihat nyawa ku.

Satu hari nanti pasti menjelma.
Kau akan lihat nyawa mu.

Pandai awak berjenaka.

Saya sudah punya mata.
Ah rupa nya awak tidak sama.
Berpisah sahaja kita.

Kalau itu semua nya.
Tak perlu fikir,sudah takdir.
Jaga lah nyawa saya itu yang dahulu.

Awak berjenaka.?

Ramai sekali.

Di sofa pendek ketat dengan kayu.
Sopan kaki menggeletar sayu.
Bising-bising kotak peti.
Dan seluruh warga tiada pergi.
Cuma yang disini masih disini.

Melihat lagi.
Ada rakan-rakan berfoto.
Ramai sekali.

Melihat lagi.
Ada rakan-rakan bergambar.
Asyik nya.

Melihat lagi.
Ada rakan-rakan ketawa.
Suka nya.

Aku bila lagi.?
Menangis bersama pabila sedih.
Ketawa juga pabila gembira.

Ahh.
Pantun ku selalu tersedu.

Saturday, June 13, 2009

Sembahyang.

Kemarau yang panjang.
Tiada hujan.

Air pantai yang lebat.
Mulai karam di hujung tasik.

Sungai yang deras.
Sudah kering di sedut aur.

Mengaji perlahan.
Menangis tersedu.
Kepala kapal yang berjalan terhenti.

Hurm.

Sudah masa menyembah ilahi.

Solat dahulu.

Musim Lampau.

Langkah dan melangkah.
Selangkah lagi selangkah lagi.

Puitis-puitis matahari.
Oh panas.

Gemersik angin salji.
Ah sejuk.

Sepohon demi sepohon angin sakura.
Terbit meremang kan bunga.
Gugur menyembah pantai.

Selangkah demi selangkah.
Rebah ke dada puisi.

Saturday, May 23, 2009

Seorang-seorang.

Batukbatuk.
Peningpening.
Gelakgelak.
Sorangsorang.

Asap yang dihembus dikepul.
Disimpan di dalam dada.
Buat penyeri kesihatan puaka.
Mula sesak.
Mula pasak.
Aku sakit.
Batukbatuk.
Sorangsorang.

Amarah yang disimpan.
Pekung di dada diluah luak.
Buat sakit hati makan galak.
Mula cepat.
Mula sekat.
Aku pening.
Peningpening.
Sorangsorang.

Lawak yang di baca di kenang.
Disimpan di dalam hati.
Buat senyum sendirisendiri.
Mula suka.
Mula sisip kan.
Aku sengih.
Gelakgelak.
Sorangsorang.

Aku sorangsorang.
Kisah.?
Sorangsorang.
Asal dapat gembira.
Dari jadi anjing gila.
Sorangsorang.
Aku sorangsorang.

Sunday, April 12, 2009

Bentuk Hati.

Aku mula sakit hati.
Bila aku melihat di suatu sudut dunia.
Aku masih kosong.

Aku mula putus hati.
Bila aku menyintai nya,dia mendusta.
Aku sakit jiwa.

Aku mula perit hati.
Bila aku masih tiada.
Aku kecewa.

Aku tak kan jatuh hati,lagi.
Bila aku mencari,aku kena yang sebenar nya.
Aku memang begini.

Tuesday, March 17, 2009

Buat Semua.

Berhenti menangis sayang.
Tidak ke mana dia.
Menghadap tuhan juga.

Jangan menangis sayang.
Tidak ke mana dia.
Kelak kau akan berjumpa.

Jaga tangis mu sayang.
Agar kau jaga hati nya.
Semoga air mata mu.
Tidak merosak kan keadaanya.
Agar sedu mu.
Tertutup pilu.

Angin Gua Musang.

Angin mulai marah.
Menunjukkan wajah sebenar.
Memukul-mukul pohon dan daun di tanah.
Mula menerbang kan alas-alas jemuran.
Mula mensisir kan rambut-rambut kencang.

Tetapi anak-anak kecil ini tidak gusar.
Malah selesa menikmati amukan itu.
Dan waktu itu ia menyapu di muka,
anak kecil ketawa.


140309

Saturday, January 24, 2009

Perjuangan Yang Belum Selesai.

Pahlawan Berkaki Ayam.


Masih tangan yang sama menggenggam.

Masih jari yang sama mengusap.

Saat awan di pancung keris kecil itu.

Bisa.

Tubuh sekerdil manusia.

Kulitnya di bakar mentari pahlawan.

Tapi tidak pernah di endahkan.

Bila menjerit sekuat hati.

Biar sedunia bergema.

Cucuk lah pada dada sendiri.

Bila masa tidak pernah suntuk.

Bangun di kaki sendiri bukan di paut tangan yang lain.

Biarkan kanan dengan kanan,kiri dengan kiri.

Jangan!

Sekali bersama biar di campur aduk kan semua.

Nampak bulatan yang di bina sejak bila.

Dan janggut panjang tiada bertuan juga yang menangis sendiri.

Melihat anak kecil membawa senjata nya.

Genggaman pasir halus itu tidak pernah di lepas kan.

Kerana pedih dan sakit nya.

Disorok di pendam.

Pijak lah tanah sendiri bukan tanah orang.

Hamba kan rakyat sendiri jangan yang lain.

Keris lama masih tecucuk ketat tidak longgar.

Tiada masa lagi.

Biar kan gong dipalu di ketuk.

Biar kan selendang itu di bawa angin laut.

Sebelum todak datang menerkam lagi.

Jangan hanya melihat helang terbang tinggi selamat sudah.

Buka kan lebih luas sayap kapal.

Supaya layar nya jauh di hormati musuh.

Sedikit Sebanyak Tinta nya.

Orang Tua Terengganu.


Duduk di atas kerusi berdarah.

Sambil melihat daun gugur perlahan-lahan.

Menyembah bumi,begitu merendah diri.

Sambil asap yang di jaga mula berkepul-kepul akhirnya.

Peluh-peluh tua sudah tidak mampu bercerita.

Sekadar uban di kepala yang memberi tanda.

Cuma di kerusi itu sahaja letak nya.

Takut itu menjadi duduk terakhir.

Akhbar mula di campak.

Di api yang marak mula marah.

Menunggu durian muda yang gugur.

Dan angin pantai mula berbisik pada ayunan kelapa.

Anak-anak muda berlari condong hampir ke tanah.

Di gagah juga demi sesudu gula secubit garam.

Penat lelah memegang penyapu lidi.

Di serah anak di bandar memanjat tangga batu.

Sedang kan di sini berkaki tiga dan bermata empat.

Rasa sunyi mula timbul.

Desir pasir sisih ke tepi.

Mungkin sudah masa nya seluar lusuh itu disimpan.

Mencari sekadar teman seorang.

Biar lah dengan yang mengiau.

Kerana yang mengembek tak hendak.

Senyum pada pantai angin laut tak pernah surut.

Terima kasih dunia.

Hadiah Untuk Palestin.

Sebiji Batu Kecil.


Aku melihat dari pandangan akhbar.

Dada itu mula bercerita.

Pahit manis hidup berdarah.

Tentang pelarian berkaki pegun.

Aku melihat dari peti kaca.

Muzik yang ditemankan memecah suasana.

Tentang wanita yang bertudung.

Anak kecil yang tersenyum.

Di dalam kepulan asap hitam si syaitan.

Dan manusia-manusia jelmaan dajal milik kuasa besar haram.

Aku melihat lagi dari suara ramai.

Tentang kejam dan perit.

Tentang sakit dan sedih.

Aku memandang langit cerah.

Yang di sana terpandang mendung awan.

Aku melihat lagi.Terus melihat.

Akhbar yang itu aku lihat berulang kali.

Seperti akhbar itu yang merah.Tapi aku silap memandang.

Kerana aku melihat.

Foto lelaki kecil memegang batu-batu lembut.

Sambil menghadap tentera bersenjata.

Rupa-rupa nya dunia sudah tua.

Al-Fatihah.