Saturday, January 24, 2009

Perjuangan Yang Belum Selesai.

Pahlawan Berkaki Ayam.


Masih tangan yang sama menggenggam.

Masih jari yang sama mengusap.

Saat awan di pancung keris kecil itu.

Bisa.

Tubuh sekerdil manusia.

Kulitnya di bakar mentari pahlawan.

Tapi tidak pernah di endahkan.

Bila menjerit sekuat hati.

Biar sedunia bergema.

Cucuk lah pada dada sendiri.

Bila masa tidak pernah suntuk.

Bangun di kaki sendiri bukan di paut tangan yang lain.

Biarkan kanan dengan kanan,kiri dengan kiri.

Jangan!

Sekali bersama biar di campur aduk kan semua.

Nampak bulatan yang di bina sejak bila.

Dan janggut panjang tiada bertuan juga yang menangis sendiri.

Melihat anak kecil membawa senjata nya.

Genggaman pasir halus itu tidak pernah di lepas kan.

Kerana pedih dan sakit nya.

Disorok di pendam.

Pijak lah tanah sendiri bukan tanah orang.

Hamba kan rakyat sendiri jangan yang lain.

Keris lama masih tecucuk ketat tidak longgar.

Tiada masa lagi.

Biar kan gong dipalu di ketuk.

Biar kan selendang itu di bawa angin laut.

Sebelum todak datang menerkam lagi.

Jangan hanya melihat helang terbang tinggi selamat sudah.

Buka kan lebih luas sayap kapal.

Supaya layar nya jauh di hormati musuh.

Sedikit Sebanyak Tinta nya.

Orang Tua Terengganu.


Duduk di atas kerusi berdarah.

Sambil melihat daun gugur perlahan-lahan.

Menyembah bumi,begitu merendah diri.

Sambil asap yang di jaga mula berkepul-kepul akhirnya.

Peluh-peluh tua sudah tidak mampu bercerita.

Sekadar uban di kepala yang memberi tanda.

Cuma di kerusi itu sahaja letak nya.

Takut itu menjadi duduk terakhir.

Akhbar mula di campak.

Di api yang marak mula marah.

Menunggu durian muda yang gugur.

Dan angin pantai mula berbisik pada ayunan kelapa.

Anak-anak muda berlari condong hampir ke tanah.

Di gagah juga demi sesudu gula secubit garam.

Penat lelah memegang penyapu lidi.

Di serah anak di bandar memanjat tangga batu.

Sedang kan di sini berkaki tiga dan bermata empat.

Rasa sunyi mula timbul.

Desir pasir sisih ke tepi.

Mungkin sudah masa nya seluar lusuh itu disimpan.

Mencari sekadar teman seorang.

Biar lah dengan yang mengiau.

Kerana yang mengembek tak hendak.

Senyum pada pantai angin laut tak pernah surut.

Terima kasih dunia.

Hadiah Untuk Palestin.

Sebiji Batu Kecil.


Aku melihat dari pandangan akhbar.

Dada itu mula bercerita.

Pahit manis hidup berdarah.

Tentang pelarian berkaki pegun.

Aku melihat dari peti kaca.

Muzik yang ditemankan memecah suasana.

Tentang wanita yang bertudung.

Anak kecil yang tersenyum.

Di dalam kepulan asap hitam si syaitan.

Dan manusia-manusia jelmaan dajal milik kuasa besar haram.

Aku melihat lagi dari suara ramai.

Tentang kejam dan perit.

Tentang sakit dan sedih.

Aku memandang langit cerah.

Yang di sana terpandang mendung awan.

Aku melihat lagi.Terus melihat.

Akhbar yang itu aku lihat berulang kali.

Seperti akhbar itu yang merah.Tapi aku silap memandang.

Kerana aku melihat.

Foto lelaki kecil memegang batu-batu lembut.

Sambil menghadap tentera bersenjata.

Rupa-rupa nya dunia sudah tua.

Al-Fatihah.